Perjalanan Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark / Iron Man mungkin berakhir di filem Avengers: Endgame, tetapi watak yang dimainkan aktor tersebut pasti akan kekal dalam memori peminat buat selama-lamanya.
Avengers: Endgame bakal mengeluarkan versi ‘home media’ pada 30 Julai ini, versi tersebut akan memasukkan sekali ‘featurette’ serta babak belakang tabir yang memaparkan proses pembikinan filem serta temubual bersama para pelakon dan krew.
Satu petikan dari ‘featurette’ Avengers: Endgame telah didedahkan kepada umum dan ia menunjukkan sesi rakaman ujian skrin Downey dalam pemilihan pelakon untuk watak Iron Man pada tahun 2008. ‘Featurette’ itu juga turut memaparkan komen dari pengarah Jon Favreau, pengarah lakonan Sarah Halley Finn dan beberapa penerbit filem mengenai sesi ujibakat Robert Downey Jr.
Mereka semua bersetuju bahawa tiada siapa yang lebih baik daripada Downey untuk membawa peranan Tony Stark / Iron Man. Anda sebagai peminat filem-filem Marvel juga pasti bersetuju yang watak Iron Man dicipta untuk Downey bukan? Anda boleh lihat sesi rakaman ujian Downey untuk watak Tony Stark / Iron Man dibawah.
What's the number of love you would give for Robert Downey Jr's decade-long performance as #IronMan? Watch his audition tape before he landed the iconic role! #AvengersEndgame can be pre-ordered to own now! Available July 30 on digital via FandangoNOW: https://t.co/PXAquXLuFa pic.twitter.com/eBoGC3szuy
— Fandango (@Fandango) July 16, 2019