Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Dua Klip Terbaru Filem Hobbs And Shaw

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum filem Hobbs and Shaw ditayangkan kepada umum. Bagi merancakkan filem aksi mantap itu, studio Universal Pictures telah melancarkan trailer dan klip terbaru yang memaparkan aksi-aksi yang cukup mendebarkan. Anda boleh tonton klip-klip tersebut dipemain video dibawah.

Hobbs & Shaw merupakan filem spin off dari francais Fast and Furious. Ia berkisarkan tentang watak Luke Hobbs yang merupakan ejen keselamatan diplomatik serta watak Deckard Shaw, iaitu seorang bekas tentera elit.

Brixton Lore, seorang anarki – telah berjaya memiliki senjata biologikal yang mampu untuk memberi ancaman kepada manusia sejagat. Dengan bantuan ejen M16, Hattie Shaw yang juga merupakan adik-beradik Shaw, Hobbs dan Shaw perlu mengenepikan perbezaan antara mereka untuk bergabung dan seterusnya menjatuhkan musuh yang sangat berbahaya.

Skrip filem aksi ini ditulis oleh Chris Morgan. Beliau terlibat dengan francais Fast and Furious sejak filem Tokyo Drift. Manakala bekas pengarah filem John Wick serta Atomic Blonde, David Leitch bertindak selaku pengarah.

Selain Dwayne Johnson dan Jason Statham, filem ini turut dibintangi pelakon seperti Vanessa Kirby, Eiza Gonzalez, Eddie Marsan dan Idris Elba yang memainkan peranan sebagai villain.

Hobbs & Shaw bakal menemui penonton pada 31 Julai ini.

Related posts

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

TV Spot ‘Hawkeye’ Yang Penuh Aksi Menjelang Debut 24 November Ini

Kakimuvee

Trailer Rasmi DON’T LOOK UP Yang Menampilkan Leonardo DiCaprio, Jennifer Lawrence, Meryl Streep & Ramai Lagi

Kakimuvee

HBO Drama Series THE GILDED AGE Debuts January 25 Exclusively on HBO GO And HBO

Kakimuvee

Leave a Comment