
Bersedia untuk melangkah ke hari-hari terakhir tahun ini dengan kempen Viu’s Semuanya Rancak! Boleh didapati dalam masa terhad, kempen eksklusif ini bertujuan memberikan rakyat Malaysia pengalaman hiburan terbaik dan untuk mengakhiri tahun ini dengan lebih meriah. Semuanya Rancak membawa beribu-ribu jam kandungan yang memenangi anugerah dan yang cukup menghiburkan, daripada drama klasik hingga filem tempatan dan Korea yang mendapat sanjungan tinggi!
Dengan semua siaran yang boleh diperoleh secara percuma*, berikut adalah ringkasan mengenai kisah-kisah yang pastinya akan menyebabkan anda tidak bangun-bangun dari kerusi!
GANJIL
Diterajui oleh Fattah Amin dan Diana Danielle, siri ini berkisar pada lelaki dan wanita muda yang mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan, dalam mimpi! Kedua-duanya `bertembung’ di dalam mimpi masing-masing, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu.
Lovers of the Red Sky
Lovers of the Red Sky adalah sebuah drama romantik fantasi berdasarkan novel dengan tajuk sama oleh artis Jung Eun Gwol. Siri ini dibintangi oleh Kim Yoo Jung, Ahn Hyo Seop, dan Gong Myung.
Doom at Your Service
Siri ini memaparkan Dong Kyung, yang didiagnos dengan kanser otak. Menyesali kehidupan malangnya, wanita ini tanpa sengaja menyeru `utusan’ antara manusia dan dewa, yang tidak disangka-sangka menawarkan untuk merealisasikan permintaannya. Dong Kyung kemudiannya memeterai kontrak dengan dia untuk hidup selama seratus hari seperti yang dimahunya, menjejaskan segala-gala yang lain semasa proses itu berlaku.
Black Musim 2
Musim siri ini yang diadaptasi daripada filem thriller-fantasi Korea terkenal, CJ ENM memaparkan pengembaraan Kamal Adli dan Siti Saleha yang memburu rakan pelarian Black dari dunia Bunian, sementara dia semakin mengenali aspek kemanusian yang wujud pada dirinya sendiri.
Kempen Semuanya Racak pada masa ini terdapat pada Viu sehingga diberitahu kelak. Para penonton atau Viu-ers akan boleh menyertai keseronokan itu dan menikmati kempen itu menerusi app Viu, yang boleh didapati secara muat turun percuma di App Store, Google Play, dan TV pintar terpilih, serta web di www.viu.com.
