
Bagi peminat drama-drama tempatan, jangan lupa saksikan drama romantik komedi bertajuk Biar Mereka Cemburu di laman penstriman iQIYI.
Biar Mereka Cemburu adalah drama adaptasi novel berjudul sama karya Anuar Darwisy. Ia mengisahkan tentang Nadia, seorang gadis penghantara makanan yang ‘simple’ sahaja, tetapi berjaya menambah hati dua orang jejaka.
Drama romantik komedi terbitan Global Station Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh MP Roslin Sharif dan dibintangi Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil, Nabila Razali sebagai Nadia di samping Izzat Mushtaq sebagai Rostam.
Biar Mereka Cemburu akan memulakan siaran pada 1 Disember jam 11.00 malam di iQIYI, setiap Isnin hingga Khamis
Tonton drama-drama menarik di aplikasi iQIYI atau www.iQ.com. iQIYI kini sedang membuat promosi dengan langganan serendah RM1.90 sahaja untuk pengguna baru. Muat turun aplikasi iQYI Malaysia secara percuma di https://go.onelink.me/4Hx2