Trivia

Tonton “Deleted Scene” Avengers: Endgame Yang Memaparkan Para ‘Superhero’ Meratapi Kematian Tony Stark

Views

Avengers: Endgame bukan sahaja memaparkan pertarungan epik diantara ahli Avengers dan Thanos, malah turut membuatkan penonton bersedih kerana ‘Endgame’ adalah penamat buat karakter Tony Stark.

Saya yakin, mesti ramai ‘bertakung air mata’ disaat Tony Stark menghembuskan nafasnya terakhir, dan saya juga yakin jika ‘delete scene’ ini dimasukkan dalam versi tayangan pawagam, mesti air mata yang bertakung itu mengalir jua.

Anda boleh tonton ‘deleted scene’ terbaru Avengers: Endgame yang telah tular sejak awal pagi tadi. Babak yang dipotong itu menunjukkan sebahagian superhero Avengers memberi penghormatan terakhir kepada Tony. Selain itu juga, dalam babak tersebut, ia turut memaparkan Gamora versi 2014 terselamat dari menjadi mangsa petikan jari Tony Stark.

Versi blu-ray Avengers: Endgame akan dikeluarkan pada 13 Ogos 2019 manakala versi digital HD pada 30 Julai ini.

BACA:  Siapakah The Vulture Dalam Filem Spider-Man Homecoming?

2 Ulasan

Tinggalkan Balasan

shares