Dalam dipenghujung filem reboot Power Rangers, ada dipaparkan cameo dua ikon siri popular Power Rangers dalam filem tersebut iaitu Tommy dan Kimberly atau lebih lebih dikenali sebagai Green dan Pink Rangers.
Dalam babak tersebut, kedua-dua bekas Rangers itu memandang ke arah Megazord bersama-sama penduduk Bumi dan mengambil gambar robot tersebut dengan menggunakan handphone.
Sebenarnya terdapat satu lagi cameo mereka berdua dalam filem Power Rangers tetapi babak melibatkan mereka telah dipotong. Namun selepas pelancaran blu-ray Power Rangers, babak tersebut telah didedahkan kepada umum.
Jom kita tengok deleted scene Power Rangers yang menampilkan aktor Jason David Frank dan Amy Jo Johnson dalam filem tersebut.
https://www.instagram.com/p/BVOdGPkAH_n/?taken-by=jdfffn
Cameo Green dan Pink Rangers dipenghujung filem Power Rangers
https://www.youtube.com/watch?v=UHmXrCMDR0M&list=PLbt09tWqepBQ8q6BXyDe6BKYs9qDkiwIb