Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Video

Tonton Babak Pembukaan Siri Anime Terbaru Netflix “Resident Evil: Infinite Darkness”

Netflix telah melancarkan klip pembukaan dari siri anime asli terbaru mereka bertajuk Resident Evil: Infinite Darkness, yang dijadualkan untuk tayangan seluruh dunia pada Khamis, 8 Julai 2021.

Video berdurasi hampir tiga minit, yang anda boleh lihat di bawah, bermula dengan tiga unit tentera menuju ke pangkalan tentera A.S. Walaubagaimanapun, keadaan menjadi tegang apabila helikopter unit Alpha Two telah terhempas. Unit Mad Dogs yang diketuai oleh Jason lakonan Ray Chase telah mengingkar arahan pihak atasan dengan turun ke tapak helikopter terhempas untuk menyelamatkan rakan mereka yang cedera. 

Resident Evil: Infinite Darkness adalah siri aksi-seram yang berdasarkan kisah dua karakter popular francais Resident Evil, Leon S. Kennedy dan Claire Redfield. Dengan menambahkan ketegangan ke dalam adegan aksi yang dinamik, Netflix menggambarkan siri ini sebagai dunia Resident Evil tidak pernah dilihat peminat. 

Siri anime ini disuarakan oleh Nick Apostolides dan Stephanie Panisello, yang memainkan peranan sebagai Leon S. Kennedy dan Claire Redfield dari permainan video Resident Evil 2. Menyertai mereka adalah Ray Chase sebagai Jason, Jona Xiao sebagai Shen May, Billy Kametz sebagai Patrick, Joe J. Thomas sebagai Graham, Doug Stone sebagai Wilson, dan Brad Venable sebagai Ryan.

Resident Evil: Infinite Darkness diterbitkan dan diselia oleh wakil Capcom, Hiroyuki Kobayashi, individu yang bertanggungjawab membawa beberapa siri Resident Evil. Turut menerbitkan anime ini adalah TMS Entertainment, manakala Kei Miyamoto (Resident Evil: Vendetta) mengetua pembikinan animasi 3DCG. 

Logline … 

“Six years ago (2000), the helicopter belonging to the U.S. special forces who were intervening in the Penamstan civil war fell from the sky. The U.S. Army Mad Dogs, who were in the same battleground, refused orders from the command center to stand their ground and instead went to save survivors of the crash. However, the special forces were already annihilated. The Mad Dogs, led by their captain Jason, were also forced to escape in order to survive.

However, in that place, Jason and his unit saw the supposedly dead special forces moving in strange ways…

In the present (2006), a hacking incident occurs on a top secret White House file. Four agents, including Leon S. Kennedy and Jason, the “Hero of Penamstan,” are invited to the White House to investigate this incident. However, when the lights suddenly go out, they are forced to take down a horde of mysterious zombies alongside the SWAT team. Afterward, the top secret file is found to be related to a biology laboratory in Shanghai, which Leon and the other three agents decide to investigate for clues. As they head to Shanghai in a cutting-edge submarine, a swarm of rat-like Bio Organic Weapons (B.O.W.) suddenly attacks, pushing them into a life-or-death situation.

Meanwhile, while staying in Penamstan to provide support for refugees, Terra Save staff member Claire Redfield encounters a strange image drawn by a nonverbal boy. Haunted by this drawing, which appears to depict a victim of viral infection, Claire starts her own investigation. She eventually finds a terrifying experiment that was conducted during the Penamstan civil war. Leon and Claire draw closer to an unimaginable truth that all began in Penamstan. They also discover that a terror that can shatter peace is slowly approaching…”

Related posts

[VIDEO] Deadpool Meminta Beberapa Petua MCU Dari Korg Dalam Reaksi Trailer “Free Guy”

Kakimuvee

Klip Terbaru “RESIDENT EVIL: Infinite Darkness” Papar Adegan Leon S. Kennedy Berhadapan Dengan Zombi

Kakimuvee

Video Featurette Terbaru Beri Tumpuan Pada Filem ‘Black Widow’ & Masa Depan MCU

Kakimuvee

Disney+ Dedah 7 Studio Anime Jepun Yang Menghidupkan Siri “STAR WARS: VISIONS”

Kakimuvee

[VIDEO] Sneak Peek “Loki” Goda Baki Tiga Episod Yang Akan Datang

Kakimuvee

Anime “Legend of Mana” Sedang Dibangunkan WB Jepun

Kakimuvee

Leave a Comment