Video

Tonton Animasi Eksklusif “Spider-Ham: Caught in a Ham”, Prekuel Spider-Man: Into the Spider-Verse

Views

Versi ‘home release’ animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse menampilkan banyak klip-klip bonus dan ‘hadiah’.

Antara klip yang disertakan dalam versi ‘home release’ adalah animasi pendek Spider-Ham: Caught in a Ham, sebuah prekuel kepada filem asal yang menyoroti pertembungan diantara Peter Porker dengan Doctor Crawdaddy sebelum berlakunya peristiwa Into the Spider-Verse. 

Animasi ‘one-short’ berdurasi 4 minit itu dipenuhi lawak slaptik ala Looney Tunes dimana pelawak / pelakon John Mulaney layak mendapat layar masa eksklusif sebagai Spider-Ham yang bijak. Anda boleh saksikan video ‘one-short’ menarik ini dipemain video dibawah.

It’s another normal day for Peter Porker, a.k.a. the Spectacular Spider-Ham, fighting bad guys and loving hot dogs, until a mysterious portal starts messing with the very fabric of his cartoon reality!

Kejayaan Spider-Man: Into the Spider-Verse dilayar perak telah membuatkan Sony kini sedang memberi tumpuan untuk mengembangkan francais tersebut dengan membangunkan siri sekuel dan spin-off. Buat masa ini, spin-off yang menampilkan Spider-Ham masih lagi belum diumumkan, namun John Mulaney telah menyatakan minatnya untuk kembali sebagai Peter Porker.

BACA:  [VIDEO] Pandangan Pertama Robert Pattinson Sebagai Batman Didedahkan!

Tinggalkan Balasan

shares