Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Tonton Aksi Kejar Mengejar Dalam Klip Filem Hobbs And Shaw

Filem aksi perlumbaan Hobbs and Shaw bakal menjanjikan aksi yang menarik lagi jitu kepada para penonton nanti. Bagi memberikan sedikit gambaran bagaimana adegan aksi dalam filem tersebut akan dipertontonkan dalam filem penuh, Universal Pictures (via IGN) telah melancarkan sebuah klip filem yang mampu membuatkan anda teruja. Anda boleh tonton klip eksklusif filem Hobbs and Shaw dipemain video dibawah.

Hobbs & Shaw merupakan filem spin off dari francais Fast and Furious. Ia berkisarkan tentang watak Luke Hobbs yang merupakan ejen keselamatan diplomatik serta watak Deckard Shaw, iaitu seorang bekas tentera elit.

Brixton Lore, seorang anarki – telah berjaya memiliki senjata biologikal yang mampu untuk memberi ancaman kepada manusia sejagat. Dengan bantuan ejen M16, Hattie Shaw yang juga merupakan adik-beradik Shaw, Hobbs dan Shaw perlu mengenepikan perbezaan antara mereka untuk bergabung dan seterusnya menjatuhkan musuh yang sangat berbahaya.

Skrip filem aksi ini ditulis oleh Chris Morgan. Beliau terlibat dengan francais Fast and Furious sejak filem Tokyo Drift. Manakala bekas pengarah filem John Wick serta Atomic Blonde, David Leitch bertindak selaku pengarah.

Selain Dwayne Johnson dan Jason Statham, filem ini turut dibintangi pelakon seperti Vanessa Kirby, Eiza Gonzalez, Eddie Marsan dan Idris Elba yang memainkan peranan sebagai villain.

Hobbs & Shaw bakal menemui penonton pada 31 Julai ini.

Related posts

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment