Official Trailer

Tonton Aksi Daniel Radcliffe & Samara Weaving Dalam Trailer 'Awesome' GUNS AKIMBO

Views

Madman Films telah melancarkan trailer pertama filem aksi sains fiksyen Guns Akimbo lakonan Daniel Radcliffe dan Samara Weaving. Anda boleh saksikan trailer yang sangat 'awesome' itu dipemain video dibawah.

Ditetapkan dimasa hadapan, filem aksi ini memberi fokus kepada pemaju permainan video (Daniel Radcliffe) yang membuat kesilapan mengusik orang yang salah dilaman Internet. Setelah tersedar dari pengsan akibat dibelasah, dia mendapati tangannya telah dikunci dengan dua pucuk pistol. Dia kemudiannya dipaksa untuk menyertai satu permainan maut atas talian, dan tugasan pertamanya, membunuh lawannya yang sukar, iaitu Nix lakonan Samara Weaving.

Filem arahan Jason Lei Howden telah ditayangkan pada Toronto International Festival Filem pada tahun lalu serta beberapa festival filem yang lain dan telah mendapat maklumbalas yang cukup positif dari para penonton. 

Guns Akimbo dijadualkan tayangan pada 28 Februari 2020 di Amerika Syarikat, manakala tayangan di Malaysia tidak diketahui.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks