Paramount Pictures telah mengeluarkan trailer filem terbaru lakonan Tom Cruise berjudul Mission: Impossible – Fallout. Ethan Hunt kini menjalani misi terbaru yang pasti memberi debaran kepada penonton. Anda boleh lihat trailer filem dipemain video dibawah.
Filem kali ini menyaksikan Ethan Hunt (lakonan Tom Cruise) bersama-sama pasukan IMF beliau, (lakonan (Alec Baldwin, Simon Pegg, Ving Rhames) bersama-sama bekas sekutu mereka (lakonan Rebecca Ferguson, Michelle Monaghan) sedang mengejar masa selepas misi yang dijalankan oleh mereka menghadapi masalah besar. Turut bersama-sama mereka dalam filem kali ini adalah pendatang baru iaitu Henry Cavill, Angela Bassett, dan Vanessa Kirby.
Diarahkan dan ditulis oleh Christopher McQuarrie, anda boleh saksikan aksi-aksi mendebarkan ini pada 27 Julai 2018