Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Tombiruo Mangsa Terbaru Tayangan Haram Di Facebook

Selepas Abang Long Fadil 2 (ALF2) ditayangkan secara haram di Facebook, kini filem Tombiruo: Penunggu Rimba pula menerima nasib sama apabila ditayangkan secara haram menerusi Facebook Live sejak 8 malam semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, tidak menjangka perkara itu berulang kembali meski pihaknya sudah membuat laporan polis.

“Saya baru tahu perkara ini. Ingatkan tidak berlaku lagi kerana filem ini sudah berakhir tayangannya.

“Walaupun banyak laporan polis dibuat semasa tayangan ALF2 dulu termasuk pendedahan daripada media, nampaknya masih ada yang tidak mengambil endah perbuatan jenayah ini,” katanya.


Filem yang ditayangkan secara langsung menggunakan akaun Facebook itu ditonton lebih 281,000 pelayar.

Filem turut ditayangkan sekali lagi pada jam 10 malam selepas tayangan pertama.

Sumber gambar: Harian Metro

Menurut Najwa, dia menghargai usaha orang ramai yang membantu pihaknya melaporkan insiden sebegini.

“Kalau tidak ada sesiapa yang maklumkan perkara ini, saya memang tak tahu. Dengan wujudnya akaun ini, kami boleh membuat laporan terus kepada pihak Facebook, Instagram atau YouTube.

“Saya berharap pihak yang tidak bertanggungjawab ini berhentikan segera perbuatan jenayah mereka,” katanya.

Filem Tumbiruo: Penunggu Rimba adaptasi novel dengan judul sama, ditayangkan di pawagam 12 Oktober lalu hingga 29 November dengan kutipan lebih RM8 juta.

Ia dijayakan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Nabila Huda, Farid Kamil, Datuk M Nasir dan Faizal Hussein.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

“Mat Kilau” Terus Tambah Kutipan Tiket, Kumpul RM3 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

“Mat Kilau” Catat Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Leave a Comment