Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Tombiruo Catat Kutipan RM4 Juta

Filem Tombiruo: Penunggu Rimba terus mencatat kutipan membanggakan apabila berjaya mencecah RM4 juta selepas lapan hari ditayangkan di seluruh negara, Brunei dan juga di Singapura.

Karya aksi adaptasi karya novelis Ramlee Awang Murshid itu turut menyaksikan ia berada di tangga kedua carta filem Golden Screen Cinemas (GSC)  dan sekali gus mengetepikan beberapa filem luar negara seperti The Foreigner, Blade Runner 2049 dan Kingsman: The Golden Circle.

Mewakili pihak penerbit filem, Eksekutif Layar Susun, Ramlee Awang Murshid menerusi status yang dimuat naik di Instagram meluahkan rasa syukur apabila filem itu terus mendapat sambutan penonton.

“Terima kasih kepada semua penonton dan peminat Tombiruo yang menyokong filem ini sehingga meraih kutipan RM4 juta setakat hari ini (Khamis).

” Semoga Allah membalas anda semua dengan kurnia yang jauh lebih baik daripada yang anda berikan,” – Ramlee Awang Murshid

Tombiruo: Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap penunggu rimba.

Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan kerana kelainan wajahnya. Apabila berdepan satu insiden tragis, Tombiruo hidup dalam amarah dan mula berdendam.

Filem arahan Seth Larney bersama pengarah bersekutu Nasir Jani itu dibintangi Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein dan Hasnul Rahmat. Ianya mula ditayangkan sejak 12 Oktober 2017 yang lalu.

Sumber: Harian Metro

Related posts

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment