Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Holland, Zendaya & Jacob Batalon ‘Troll’ Peminat Dengan 3 Judul Spider-Man 3?

Bukan satu, bukan dua, tetapi tiga judul “Spider-Man 3” telah didedahkan para pelakonnya di media sosial Instagram. Pada Selasa yang lalu, Tom Holland, Jacob Batalon dan Zendaya telah memuatnaik gambar terbaru berserta tiga judul yang berbeza iaitu “Spider-Man: Phone Home”, “Spider-Man: Home Wrecker” dan “Spider-Man: Home Slice”.

“Sangat teruja untuk mengumumkan judul filem Spider-Man yang baru. Tidak sabar menunggu anda melihat apa yang telah kami lakukan,” tulis Holland, aka Peter Parker di Instagram. 

“Kami sangat teruja untuk berkongsi tajuk filem baru kami!” tulis Batalon, yang membawa watak Ned Leeds, kawan baik Peter. 

“Sangat teruja untuk mengumumkan judul Spider-Man baru. Begitu bangga dengan yang ini … FOS kembali!” tulis Zendaya yang memainkan watak MJ, teman wanita Peter Parker.

Tidak dapat dipastikan kenapa ketiga-tiga pelakon itu memberitahu judul yang berbeza, adakah ia berkait dengan dunia ‘multiverse’ yang bakal dipaparkan dalam filem tersebut? Filem terbaru “Spider-Man” menyaksikan Jamie Foxx dan Alfred Molina kembali mengulangi peranan mereka sebagai Electro dan Doctor Octopus dari filem ‘Spider-Man’ Sony sebelumnya.

Benedict Cumberbatch turut terlibat dalam filem akan datang sebagai Doctor Strange, dan ketua Marvel KEvin Feige mendedahkan, peristiwa dalam filem tersebut akan berkait dengan satu lagi filem Marvel, “Doctor Strange in the Multiverse of Madness” yang akan ditayangkan pada Mac 2022.

“Spider-Man 3” dijangka tayang pada Disember 2021.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment