Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Holland Secara Tidak Sengaja Mendedahkan Tajuk Sekuel Spider-Man

Pelakon Spider-Man, Tom Holland secara ‘tidak sengaja’ mendedahkan tajuk sekuel Spider-Man: Homecoming di laman Instagram beliau. Dalam video yang dimuatnaik oleh aktor tersebut jelas menunjukkan tajuk filem kedua akan datang adalah Spider-Man: Far From Home. 

Tajuk tersebut jelas mengesahkan kata-kata president Marvel Studios, Kevin Feige mengenai filem kedua Spider-Man. Fiege berkata, dalam filem terbaru Spider-Man nanti, ia akan mengisahkan pengembaraan adiwira tersebut di luar kota New York iaitu di negara-negara Eropah.

Sorry for no announcements, but I love you guys ♥️

A post shared by ✌️ (@tomholland2013) on

Filem sekuel Spider-Man akan menyaksikan aktor Jake Gyllenhaal akan membawakan peranan supervillain Mysterio, manakala Michael Keaton kembali membawakan watak Adrian Toomes/The Vulture dan kemungkinan besar, watak Mac Gargan, a.k.a. The Scorpion yang ditunjukkan dalam babak ‘post credit’ turut berada dalam filem kedua ini nanti.

Jadi peminat Spider-Man berpeluang melihat kumpulan supervillain The Sinister Six berada dalam filem akan datang dan berentap dengan Spider-Man.

Buat masa ini, tiada tarikh rasmi filem Spider-Man: Far From Home diumumkan oleh pihak studio.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment