Berita

Tom Holland Sahkan Tarikh Produksi SPIDER-MAN 3, Zendaya Kembali Sebagai MJ

Views

Aktor Spider-Man, Tom Holland telah mengesahkan tarikh produksi filem ketiga Spider-Man dimana ia dijangka akan bermula pada Julai tahun ini, lapor IGN.

Semasa mempromosikan filem animasi terbaru Pixar Onward bersama The Philippine Daily Inquirer, Holland berjanji bahawa dia tidak akan mendedahkan sebarang spoiler seperti mana yang dilakukannya dalam projek-projek Marvel Cinematic Universe sebelumnya, bagaimanapun dia memberitahu bahawa skrip filem akan datang ‘sangat gila’ dan akan menampilkan semula Zendaya sebagai MJ.

Dianggap sebagai trilogi terakhir Spider-Man dalam MCU, terdapat beberapa spekulasi mengenai villain yang bakal ditentang oleh adiwira tersebut, antaranya Kraven the Hunter dan Scorpion.

Spider-Man 3 ditetapkan tarikh tayangannya pada 16 Julai 2021 dan akan berentap dengan filem terbitan Paramount Pictures, Mission: Impossible 7 yang akan ditayangkan 23 Juali 2021. Tahun hadapan akan menampilkan beberapa filem Fasa 4 MCU seperti Shang-Chi and the Legend of the The Rings yang akan ditayangkan pada 12 Februari, diikuti Doctor Strange in the Multiverse of Madness pada 7 Mei dan Thor: Love and Thunder pada 5 November.

Tinggalkan Balasan

shares