Berita

Tom Holland Sahkan Spider-Man Akan Mempunyai Trilogi Solonya Sendiri

Views

Sejak kemunculan Spider-Man dalam filem Captain America: Civil War, ramai peminat filem khususnya peminat-peminat Marvel bersorak gembira apabila superhero kegemaran ramai itu menyertai superhero-superhero lain dalam dunia Marvel Cinematic Universe (MCU)

Namun kegembiraan itu hanya sementara sahaja apabila dikhabarkan karakter Spider-Man hanya dipinjamkan oleh Sony Entertainment kepada Marvel sehingga tahun 2019 sebelum ianya dipulangkan kembali kepada Sony. Itu apa yang diberitahu oleh penerbit Amy Pascal yang juga bekas eksekutif tertinggi Sony Pictures Entertainment.

Menurut kontrak antara Marvel dan Sony, Spider-Man akan membuat kemunculan dalam 4 buah filem yang diterbitkan oleh Marvel Studio iaitu Civil War, Spider-Man: Homecoming, Infinity War dan juga sekuel kepada Spider-Man: Homecoming yang akan ditayangkan pada tahun 2019. Selepas itu, Sony berhak untuk mendapatkan kembali karakter tersebut dari Marvel.

Bagaimanapun, Tom Holland yang juga pelakon yang membawakan watak Spider-Man itu memberitahu kepada AlloCine bahawa selain Infinity War dan Spider-Man Homecoming 2, akan terdapat beberapa lagi filem Spider-Man.

There is still a lot of room for Peter Parker and Spider-Man especially to grow in the next two movies. He’s definitely not the finished article by the end of Spider-Man: Homecoming and I really look forward to exploring the different ways he can grow up and go through puberty I guess. It’s going to be an exciting couple of movies… Yeah, there’ll be Spider-Man 2 and 3, it won’t be Homecoming 2 and 3.

Tom Holland juga memberitahu yang dia mahu membawa watak tersebut dengan lebih lama dan membayangkan kedua-dua Studio terbabit akan meneruskan kerjasama mereka untuk jangka masa panjang.

Jadi kepada peminat-peminat Spider-Man, mahukan anda melihat Spider-Man terus berada dalam MCU atau dipulangkan kepada Sony?

BACA:  Quicksilver Kembali Dalam Filem X-Men: Dark Phoenix

Sekuel Spider-Man Homecoming kini sedang dalam pembangunan. 

Tinggalkan Balasan

shares