Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Holland Sahkan Kontrak Spider-Man Akan Berakhir Selepas “No Way Home”

Susulan pendedahan tajuk rasmi filem ketiga “Spider-Man” MCU, Tom Holland akhirnya berbicara mengenai masa depannya sebagai watak adiwira Marvel kegemaran peminat.

Ketika bercakap dengan Collider, pelakon Britain berusia 24 tahun itu mengesahkan bahawa kontraknya bersama Marvel Studios dan Sony Pictures akan berakhir selepas “Spider-Man: No Way Home“. Bagaimanapun, dia tetap komited untuk terus membawa watak adiwira ikonik itu selama mana yang dia mampu, dan akan segera kembali sekiranya diminta pihak studio. 

“[Spider-Man 3] akan menjadi yang terakhir untuk saya [di bawah kontrak], ”kata Holland. “Jadi, saya selalu berkata kepada mereka jika mereka menginginkan saya kembali saya akan berada di sana. Saya suka menjadi sebahagian daripada dunia yang menakjubkan ini. Ia mengubah hidup saya menjadi lebih baik, saya sangat bertuah dapat berada di sini. Sekiranya mereka menginginkan saya kembali, saya akan berada di sana, jika tidak, saya akan pergi ke matahari terbenam sebagai orang yang sangat, sangat gembira kerana ini adalah perjalanan yang luar biasa.”

Dalam wawancara berasingan dengan USA Today, Holland juga mendedahkan perancangannya selepas menyelesaikan “Spider-Man: No Way Home”, mengambil cuti panjang dan mengembara ke seluruh dunia. 

Saya akan berehat sebentar dan menjelajah dunia, ”katanya. “Ini pertama kali sejak saya masuk ke [Spider-Man: Homecoming] bahawa saya tidak mempunyai kontrak dengan seseorang. Saya mungkin bermain ski, kerana itu adalah sesuatu yang sebenarnya tidak diizinkan untuk saya lakukan kerana ia adalah sukan yang berbahaya. Saya sangat berhati-hati selama bertahun-tahun, itulah sebabnya saya menjadi obses dengan golf kerana ia adalah satu-satunya sukan yang boleh saya main tanpa tercedera. “

Tom Holland akan kembali dalam filem ketiga “Spider-Man” sebagai watak utama, bersama-sama Benedict Cumberbact sebagai Doctor Strange, yang mana mereka berdua akan menentang Electro lakonan Jamie Fox dan Doctor Octopus lakonan Alfred Molina. 

Melihat pada penamat “Spider-Man: Far From Home”, berkemungkinan besar banyak penjahat akan memburu Spider-Man. Filem ketiga itu menyaksikan Zendaya dan Jacob Batalon kembali sebagai MJ dan Ned. 

Susulan penyertaan Foxx dan Molina, pelbagai khabar angin mengenai pelakon mula tersebar, antaranya penglibatan bintang Spider-Man dalam francais terdahulu iaitu Tobey Maguire dan Andrew Garfield, serta penglibatan Charlie Cox yang dikhabarkan akan mengulangi peranannya sebagai Daredevil. 

Spider-Man: No Way Home” akan ditayangkan pada 17 Disember 2021.

Related posts

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment