Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Holland Sahkan Dua Filem Spider-Man Akan Dihasilkan Selepas Infinity War

Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa hakcipta karakter Marvel paling popular, Spider-Man akan kembali ke tangan Sony selepas tiada perjanjian baru dibuat diantara pihak Sony dan juga Marvel Studio/Disney. Malah penerbit Amy Pascal, bekas eksekutif Sony Entertainment pernah mengeluarkan kenyataan karakter tersebut akan kembali ke pihak Sony sekiranya tiada perjanjian dibuat diantara ketiga-tiga studio penerbitan filem tersebut.

Sony yang sedang rancak menghasilkan spin-off filem Spider-Man, Venom, Black Cat dan Silver Sable juga telah menguatkan khabar angin tersebut yang mengatakan Sony akan menghasilkan kembali filem yang banyak menyumbang kepada kantung kewangan pihak Sony.


Tapi kini berita terbaru yang dikeluarkan sendiri dari mulut aktor Spider-Man, Tom Holland dan individu yang bertanggugjawab menaikkan filem-filem Marvel, Kevin Feige telah mengesahkan dua Spider-Man akan kekal bersama Marvel sekurang-kurangnya dua buah filem lagi selepas filem Infinity War. 

Kevin yang bercakap pada pihak media semalam semasa sesi bertemu media di Studio Marvel semalam memberitahu, Spider-Man akan muncul dalam filem sekuel Spider-Man: Homecoming dan juga Untitled Avengers 4 dimana kedua-dua filem tersebut akan ditayangkan pada tahun 2019.

Tom Holland (Spider-Man) bersama-sama Robert Downey Jr (Iron Man) dan Chris Pratt (Peter Quill) diset pengambaran Infinity War

Spider-Man sudah pun membuat 1 kemunculannya dalam filem-filem Marvel iaitu dalam Captain America: Civil War dan dua filem akan datang iaitu Spider-Man: Homecoming dan Avengers: Infinity War yang akan diterbitkan pada tahun 2018.

So kepada peminat Spider-Man, mahukan anda melihat “your friendly neighborhood superhero” kekal di tangan Marvel?

Related posts

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Menjelang Tayangan 7 Julai Ini, Marvel Lancar Trailer & Klip Video Baharu “Thor: Love and Thunder”

Kakimuvee

Leave a Comment