
Penggambaran Spider-Man 3 kembali diteruskan, dan pelakon utamanya, Tom Holland telah kongsikan gambar belakang tabir yang memaparkan Spider-Man turut memakai pelitup muka bagi mencegah virus COVID-19. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.
https://www.instagram.com/p/CHQpnd2FYRy/?igshid=j1k8zdq8axk0
Tom Holland kembali dalam filem ketiga Spider-Man sebagai Peter Parker / Spider-Man bersama-sama Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Jamie Fox kembali meneruskan peranannya dalam filem The Amazing Spider-Man 2 sebagai Electro.
Dua pelakon utama dalam filem terdahulu iaitu Zendaya dan Jacob Batalon turut meneruskan peranan mereka sebagai MJ dan Ned.
Filem terbaru MCU / Sony ini diarahkan oleh Jon Watts manakala Kevin Fiege dan Amy Pascal bertindak sebagai penerbit eksekutif. Spider-Man 3 akan ditayangkan dipawagam pada 5 November 2021.
Sumber: Comingsoon.net