Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Holland Hanya Muncul Sebagai Peter Parker Dalam Venom, Bukan Spider-Man


Berita mengenai Tom Holland yang berada di set penggambaran Venom bukan sahaja mengejutkan ramai peminat filem Marvel terutamannya peminat karakter Spider-Man, malah ia juga menimbulkan ‘hype’ dikalangan peminat tentang kemungkinan karakter Spider-Man akan muncul dalam filem yang dilakonkan oleh Tom Hardy itu.

Dalam laporan sebelum ini, Jon Schnepp mendedahkan Tom Holland telah berada diset Venom selama dua hari untuk berlakon. Tetapi tiada gambar atau video yang mendedahkan kehadiran aktor tersebut diset penggambaran Venom.

Namun begitu, Jon Schnepp kemudiannya memberi penjelasan yang sebenarnya mengenai kehadiran aktor Spider-Man itu selepas berita mengenainya mencetuskan banyak persoalan dikalangan peminat. Menurutnya, Tom Holland berada disana bukanlah sebagai Spider-Man, tetapi sebagai Peter Parker. Beliau memberi penjelasan mengenai pekara berkenaan semasa dalam ‘podcast’ Collider Heroes.

“Tom Holland was on set filming scenes on Venom for at least two days as Peter Parker. Okay, so I’m not saying Spider-Man is in the film. When I say Tom Holland’s Spider-Man is in the film, I’m saying Peter Parker is in the film. This is a cameo. I don’t know what it is. I didn’t read the script.”

Berdasarkan penjelasan beliau, Tom Holland akan muncul sebagai watak cameo Peter Parker sahaja dalam filem spin-off Venom bukan Spider-Man. Ini bermakna, tiada kelibat Spider-Man dalam filem Venom akan datang dan babak yang melibatkan Tom Holland adalah sekadar babak cameo sahaja yang tidak memberi impak kepada perjalanan filem.


Penggambaran filem Venom masih lagi berjalan dan penonton bakal menyaksikan watak antihero Venom beraksi dalam filemnya sendiri pada 5 Oktober 2018


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee