Berita

Tom Holland Dilaporkan Bakal Membuat Cameo Dalam Filem Venom 2

Views

Antara perjanjian Sony dan Marvel Studios semasa proses ‘merujuk’ beberapa bulan lalu adalah membenarkan Tom Holland untuk muncul dalam filem-filem Marvel terbitan Sony Pictures, dan nampaknya pihak studio telah bersedia menuruti perjanjian yang dibuat untuk filem Venom 2.

Menurut sumber dari GWWSony dilaporkan sedang dalam rundingan dengan pelakon Tom Holland untuk muncul dalam filem sekuel Venom arahan Andy Serkis. Sumber itu turut menyebut, peranan Tom Holland dalam filem itu tidaklah begitu besar, tetapi sudah cukup untuk membentuk filem Venom vs. Spider-Man. 

Setakat ini tiada pengumuman rasmi dibuat oleh kedua-dua pihak studio, tetapi berkemungkinan masih lagi ada kerana dalam perjanjian terbaru diantara kedua-dua syarikat mega itu, mereka akan berkongsi karakter Spider-Man dan boleh muncul dalam dua sinematik yang berbeza.

Apapun kita nantikan perkembangannya dimasa yang terdekat.

Venom 2 dibintangi Tom Hardy yang kembali membawa wataknya sebagai Eddie Brock / Venom. Dia akan bersama-sama Michelle Williams sebagai Anne Weying, Woody Harrelson sebagai Cletus Kasady a.k.a Carnage, Naomie Harris sebagai Frances Barrison, aka Shriek dan Reid Scott sebagai Dan Lewis, teman lelaki Anne Weying.

Andy Serkis menggambilalih kerusi pengarahan dari Ruben Fleischer. Manakala skrip pula ditulis oleh Kelly Marcel. Setakat ini plot filem masih lagi tidak diketahui, tetapi berkemungkina  ia akan membawa penonton melihat pertembungan diantara Venom dan musuhnya iaitu Carnage.

BACA:  Filem Keempat BAD BOYS Bakal Dihasilkan!

Proses penggambaran telahpun bermula dan Sony Pictures menetapkan tarikh 2 Oktober 2020 untuk tayangan filem Venom 2

Kepada peminat-peminat Spider-Man dan Venom, adakah anda teruja melihat Cameo dalam filem akan datang? kongsikan pendapat anda.

Tinggalkan Balasan

shares