Berita

Tom Holland Dedahkan Bahawa Dia Mabuk Ketika Dihubungi Bob Iger Yang Akhirnya Menyelamatkan Spider-Man MCU

Views

Sebaik sahaja Sony Pictures dan Disney mengumumkan pembatalan kerjasama mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), ramai peminat-peminat Marvel menjadi tidak senang duduk.

Bagaimanapun, pada September yang lalu kedua-dua studio besar itu kembali menjalinkan kerjasama dan membenarkan karakter Spider-Man lakonan Tom Holland untuk terus kekal bersama MCU.

Sebaik sahaja memberikan berita baik itu kepada para peminat, CEO Disney Bob Iger mendedahkan didalam tembual rancangan Jimmy Kimmel Live! bahawa, Holland sebenarnya individu yang memainkan peranan penting dalam penyatuan semula Sony dan Marvel.

Selepas beberapa lama, kini peminat berpeluang untuk mengetahui cerita dari sisi Tom Holland pula mengenai peranannya semasa cuba membawa Sony dan Marvel ke meja rundingan. Ketika berada dalam rancangan yang sama, Holland mendedahkan bahawa dia sebenarnya mabuk semasa perbualan telefon dengan Iger, dan ia akhirnya menjadi bahagian penting dalam penyelesaian kemelut diantara Marvel dan Sony. (anda boleh lihat pendedahan Holland pada minit ke 9:43)

Holland menerangkan lagi bahawa dia sebelum itu telah menghubungi Iger menerusi ’email’ dan berterima kasih kepada CEO Disney itu. Selepas Iger membalas email tersebut, dia meminta agar Iger dapat menghubunginya pada bila-bila masa.

BACA:  Gandingan Ryan Reynolds & Jodie Comer Dalam Gambar Terbaru FREE GUY

Bagaimanapun, apabila Holland menerima panggilan penting, dia ketika itu sedang berada di pub bersama keluarganya dan telah meminum tiga gelas bir. Walaupun dalam keadaan mabuk, Holland masih lagi positif dan ikhlas ketika berbual dengan Iger. Dan sejurus selepas itu, dia menerima beberapa panggilan telefon dari CEO Sony, Tom Rothman yang meminta pendapatnya mengenai situasi yang sedang berlaku.

Tom Holland akan kembali memainkan peranannya sebagai Spider-Man dalam filem Spider-Man akan datang, dan bakal membuat kemunculan dalam beberapa filem Marvel Studios berdasarkan perjanjian terbaru diantara Marvel dan Sony.

Spider-Man 3 telah ditetapkan tarikh tayangannya pada 16 Julai 2021.

Tinggalkan Balasan

shares