Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Hiddleston Sedang Dirisik Disney Untuk Bintangi Filem Remake Hercules

Sejak kebelakangan ini, Disney dilihat semakin giat menghasilkan semula filem-filem animasi terbitan mereka ke versi ‘live action’. Antara yang bakal dihasilkan semula adalah filem animasi Hercules yang diterbitkan pada tahun 1997.

Buat masa ini, pihak Disney masih belum mengumumkan projek ‘live action’ Hercules secara rasmi. Tetapi, sudah terdapat khabar angin yang mengaitkan beberapa pelakon dengan projek remake terbaru studio terbabit.

Menurut laporan dari laman Wegotthiscovered, pelakon Alexander Skarsgard dan Trevor Donovan antara yang dikaitkan dengan watak separa dewa, Hercules. Donovan juga dilaporkan telah memberi petunjuk dilaman Twitter miliknya bahawa dia telah menjalani sesi ujibakat untuk watak tersebut.

Selain itu juga, dua pelakon British iaitu Benedict Cumberbatch dan Tom Hiddleston turut  dikhabarkan berada dalam senarai pendek pihak studio untuk memainkan peranan antagonis sebagai Hades, musuh ketat kepada Hercules.

Memandangkan Disney masih belum mengesahkan projek filem Hercules, tidak semestinya pelakon yang dikaitkan akan terpilih untuk memainkan peranan dalam filem live action tersebut. Apapun kita nantikan pengumuman rasmi dari Disney.

Filem animasi Hercules telah diterbitkan pada tahun 1997 dan dibintangi pelakon suara seperti Tate Donovan, Danny DeVito, James Woods, Susan Egan dan Rip Torn.

Related posts

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

Leave a Comment