Tom Hiddleston Sahkan Kematian Loki Dalam Infinity War Adalah Kekal

0
3596
views

Filem Avengers: Infinity War memberikan banyak kejutan kepada para peminatnya terutamanya kematian separuh dari adiwira Avengers termasuklah Guardians of the Galaxy dan juga Loki. Bagaimanapun, peminat menjangkakan mereka semua ini bakal dihidupkan kembali dalam sekuelnya iaitu Avengers 4 berdasarkan filem-filem sedang dirancang oleh Marvel Studios.

Tetapi kematian Loki menimbulkan pelbagai teori dikalangan peminat. Ada yang mengatakan watak tersebut sebenarnya masih hidup dengan berpura-pura mati seperti dilakukannya dalam filem Thor: The Dark World dan terdapat juga peminat menjangkakan Loki bakal kembali dalam filem Avengers 4.

Semasa berada di ACE Comic Con yang berlangsung baru-baru ini, Tom Hiddleston mendedahkan bahawa beliau mengentahui kematian Loki 2 tahun yang lalu semasa bertemu dengan Anthony dan Joe Russo. Malah aktor tersebut turut menjelaskan, perjalanan karakter Loki selesai dalam filem Thor: Ragnarok dan pembukaan filem Avengers: Infinity War adalah penutup segala pengembaraan Loki dalam dunia Marvel Cinematic Universe.

"So, I've known about that scene for two years. I met with Marvel in May 2016, and they were actually telling me the story of Ragnarokwith concept art and images. The Russos came in, and I introduced myself. So, all four of us sat down, and they said this is how Infinity War begins... My whole journey through making Thor: Ragnarok, I knew this was coming. By the end of Thor: Ragnarok, Loki has been accepted as Thor's brother again... When I came to shoot the scene in Infinity War, I think it's very powerful he calls himself an Odinson, and that closes the whole journey of Loki and what he can do. [Loki's death] set the stakes up emotionally. It takes the stakes up dramatically. You know that Thanos is someone who's more dangerous than anyone we've seen before."

Walaupun tidak menyatakan secara langsung, komen dari aktor tersebut mengesahkan bahawa kematian Loki dalam Infinity War adalah kekal dan usaha untuk menghidupkan kembali watak tersebut akan merosakkan perjalanan karakternya yang dianggap sempurna.

Loki mula mendapat tempat dihati peminat Marvel selepas aksinya dalam filem Thor: Ragnarok, malah pengorbanan yang ditunjukkannya di awal filem Infinity War benar-benar memberi kesan kepada penonton.

Jadi kepada peminat-peminat Marvel, mungkin sesetengah karakter bakal dihidupkan dalam filem Avengers 4, tetapi kematian Loki adalah kekal dan peminat perlu menerimanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here