Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV Video

Tom Hiddleston Recap Kisah Loki Di MCU Dalam Video Featurette “Loki”

Untuk meraikan siri terbarunya di Disney+ Hotstar, Tom Hiddleston memberikan kepada peminatnya, rangkuman 30 saat latarbelakang penuh Loki di MCU dalam satu video featurette terbaru yang sangat informatif. Siri terbaru Marvel Studios Loki akan dilancarkan di Disney+ Hotstar pada hari Rabu, 9 Jun. 

Pemenang Golden Globe Tom Hiddleston kembali memainkan peranan kegemaran peminat Loki dalam siri akan datang. Penjahat Marvel itu kali terakhir dilihat dalam filem “Avengers: Endgame”, dimana dia akhirnya berjaya mencuri Tesseract selepas Iron Man dan Ant-Man gagal dalam misi mereka. 

Menyertai Hiddleston adalah pendatang baru MCU, Sophia Di Martino (Yesterday, Flowers, Into the Badlands), calon Oscar Owen Wilson (The Royal Tenenbaums), Gugu Mbatha-Raw (Black Mirror, San Junipero), Cailey Fleming (The Walking Dead), dan Richard E. Grant (Can You Ever Forgive Me?). Di Martino dilaporkan akan membawa peranan Lady Loki.

Penulis “Rick and Morty” Michael Waldron menulis lakonlayar siri ini, manakala Kate Herron menjadi pengarah. Hiddleston telah mengoda peminat dengan berkata penonton akan melihat karakternya menggunakan Tesseract untuk menimbulkan lebih banyak kekacauan. 

Siri enam episod ini dijadualkan tayangan pada 9 Jun ini, eksklusif di Disney+ Hotstar

Related posts

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

Leave a Comment