Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Hiddleston Berjanji Siri Disney+ Loki Akan Menjawab Dua Persoalan Terbesar Peminat

Kematian Loki dalam filem Avengers: Infinity War benar-benar memberikan kesan yang mendalam kepada peminat filem Marvel, lebih-lebih lagi selepas dia mula berubah dari seorang penjahat kepada wira, hasil daripada perkembangan karakternya dalam filem Thor: Ragnarok. 

Namun, dalam filem Avengers: Endgame Loki sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dia menghilangkan diri bersama Tesseract selepas berlaku keadaan huru-hara ketika Tony Stark cuba membawa keluar batu infiniti tersebut. Kejadian tersebut telah menimbulkan perdebatan dan persoalan dikalangan peminat tentang apa yang ingin dilakukan oleh adik tiri Thor itu selepas berjaya mencuri barang yang sangat diidamkan itu.

Ketika ditemubual dalam rancangan Late Show, bintangnya iaitu Tom Hiddleston mendedahkan bahawa siri televisyen Disney+ Loki akan menjawab dua persoalan terbesar yang sering diperkatakan oleh peminat MCU. Akah Loki benar-benar mati? dan apa yang akan dilakukannya selepas berjaya mendapat Tesseract.

“two questions I’ve been asked: Is Loki really dead, and what’s Loki doing with that cube?

“This series will answer both those questions,”

Maklumat lanjut mengenai siri televisyen Loki masih tidak didedahkan Marvel Studios. Difahamkan siri tersebut akan berlatarbelakangkan era 70an dan akan memberi fokus sepenuhnya kepada penceritaan karakter villain Loki.

Michael Waldron akan bertindak selaku ‘showrunner’ dan turut menulis untuk episod pertama. Loki dijangka akan disiarkan pada musim bunga 2021.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment