Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

Tom Hardy Kongsikan ‘Deleted Scene’ ‘Venom’, Pra-Produksi Filem Ketiga Telah Bermula

Ketika sedang mengusahakan pra-produksi Venom 3, bintang utama filem itu, Tom Hardy, telah mendedahkan ‘deleted scene’ dari filem pertama. 

Pelakon itu memuatnaik babak dipotong itu di akaun Instagram miliknya, yang mana ia menunjukkan Eddie Brock bertelagah dengan Venom untuk pergi ke hospital. Dalam perkongsian itu, Hardy juga mengesah pra-produksi Venom 3 telah bermula. 

“Whilst working on V3 pre prep @lelping @sonypictures @sony @venommovie this throwback came up #cuttingroomfloor #byetom #thankstom.”

Selepas filem kedua mula ditayangkan pada 1 Oktober tahun lalu, Venom: Let There Be Carnage berjaya memecahkan rekod box office pandemik dengan menjadi filem yang mendapat kutipan kedua tertinggi pada 2021 di A.S. dengan kutipan kasar dipasaran domestik A.S. melebihi $200 juta dan kutipan kasar di seluruh dunia melebihi $480 juta.

Venom 3 akan diarahkan oleh Kelly Marcel, yang juga menulis filem itu. Ia sekali lagi akandibintangi Tom Hardy dan diterbitkan oleh Avi Arad, Matt Tolmach, Amy Pascal, dan Hutch Parker.

 

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment