Berita

Tom Hardy Bawa Watak Utama Dalam Filem Biopik SHACKLETON

Views

Aktor Tom Hardy disahkan membawa watak utama dalam filem biografi drama berjudul Shackleton, yang berkisarkan tentang kehidupan penjelajah Antartika, Sir Ernest Shackleton. Hardy juga bekerjasama dengan David Heyman selaku penerbit menerusi syarikat penerbitan mereka iaitu Heyday Films dan Hardy Son & Baker.

Sir Ernest Shackleton adalah penjelajah kutub legenda pada tahun 1900-an ketika ia mengetuai tiga ekspedisi ke Antartika. Ekspedisinya yang paling terkenal ialah Ekspedisi Trans-Antartika Imperial yang bermula dari tahun 1914-1917 di mana kapal milik Shackleton, Endurance telah dihancurkan dalam pek ais dan Shackleton membawa krewnya dalam perjalanan selama sebulan dengan suhu dibawah sifar sehingga mereka mencapai daratan sebenar.

Untuk pencapaiannya sebagai penjelajah, dia telah diberi gelaran ‘Knight’ oleh Raja Edward VII dan dianugerahi pingat seperti Pingat Polar dan Pingat Kemenangan Bersekutu. Pada umur 47 tahun, Shackleton meninggal dunia pada tahun 1922 akibat serangan jantung yang membawa maut.

Shackleton akan ditulis oleh Peter Straughan bersama-sama Heyday Film, syarikat penerbitan yang terlibat dengan filem A Marriage Story dan Once Upon a Time in Hollywood. 

Tom Hardy bakal muncul dalam filem drama biografi jenayah Fonzo sebagai Al Capone dan meneruskan watannya sebagai Eddie Brock dalam filem sekuel Venom untuk Sony Pictures.

Tinggalkan Balasan

shares