Berita

Tom Hardy Bakal Kembali Dalam Venom 2

Views

Pelakon Tom Hardy sah akan kembali dalam filem sekuel Venom tidak lama lagi. Pekara tersebut disahkan penerbit filem Spider-Man: Far From Homes dalam temubualnya baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, Sony Pictures kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan Venom 2.

"I can say that Tom Hardy will be back, magnificently playing that character as no one else can,"

Selain itu juga, beliau turut mengesahkan sekuel filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse juga akan dihasilkan. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan bila tarikh tayangan kedua-dua filem tersebut.

Venom yang ditayangkan pada tahun lepas berjaya memberi pulangan besar kepada Sony apabila berjaya meraih $855 juta dolar, begitu juga filem Spider-Man: Into The Spider-Verse yang berjaya meraih $375 juta dolar serta membawa pulang beberapa anugerah berprestij.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks