Official Trailer

Tom Hanks Sebagai Kapten Kapal Pemusnah Dalam Trailer GREYHOUND

Views

Sony Pictures telah melancarkan trailer rasmi Greyhound, sebuah filem perang drama yang ditulis dan dibintangi pemenang Anugerah Academy, Tom Hank (Saving Private Ryan, Cast Away). Anda boleh saksikan trailer yang mendebarkan dipemain video dibawah.

Berlatarkan ketika awal Perang Dunia II. Dalam tugasan pertamanya sebagai pemerintah kapal pemusnah U.S Navy, Greyhound, Kapten Ernest Krause memimpin 37 kapal Bersekutu merentasi Atlantik Utara ketika sedang diburu oleh sekumpulan U-Boat Nazi. Sepanjang perjalanan, dia perlu berdepan dengan kesangsian terhadap dirinya untuk membuktikan dirinya sebagai pegawai pemerintah.

Berdasarkan novel The Good Shepherd karya C.S. Forester, filem ini turut dibaris pelakon seperti Stephen Graham, Rob Morgan, dan Elisabeth Shue. Aaron Schneider bertindak selaku pengarah manakala Gary Goetzman sebagai penerbit.

Greyhound akan ditayangkan pada 7 Mei 2020.

 

Tinggalkan Balasan

shares