Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Hanks Enggan Hormati Orang Yang Tidak Amalkan Langkah Pencegahan

Pemenang anugerah Oscar yang juga pelakon, Tom Hanks, yang pulih setelah dijangkiti novel coronavirus awal tahun ini, mengatakan bahawa dia tidak menghormati orang yang enggan melakukan pencegahan seperti memakai topeng di khalayak ramai.

Hanks dan isterinya, pelakon dan penyanyi Rita Wilson,  disahkan positif koronavirus pada bulan Mac yang lalu ketika berada di Australia untuk penggambaran filem.

“Paling tidak, ada tiga perkara kecil yang anda boleh pilih untuk melakukannya,” kata Hanks, 63, dalam wawancara baru-baru ini dengan Reuters Television. “Pakai topeng, cuci tangan, jarak sosial. Jika kamu tidak dapat melakukan itu, aku tidak menghormati kamu.”

Hanks, pemenang Oscar dua kali untuk filem Philadelphia dan Forrest Gump, membandingkan langkah pencegahan dengan cara pemandu mengendalikan kereta dengan selamat. “Sekiranya anda memandu kereta, anda mesti menggunakan isyarat belok anda, tidak memandu terlalu laju dan mengelakkan pejalan kaki,” katanya.

“Sama ada kita suka atau tidak, kita semua bersama-sama melakukannya,” tambahnya.

Amerika Syarikat kini negara yang paling kematian dan jangkitan koronavirus.

Disebabkan pandemik itu, filem terbaru Hanks, Greyhound yang sepatutnya ditayangkan di pawagam terpaksa disiarkan di platform penstriman Apple TV+. Kebanyakkan pawagam di seluruh dunia masih ditutup bagi membendung penularan wabak.

Hanks berkata Greyhound dibuat untuk “penonton merasai pengalaman besar dan mengasyikkan ketika berada di pawagam dengan sekurang-kurangnya 100 penonton lain.” Tetapi dengan pandemik COVID-19, “penonton mengalami kesannya” dan terpaksa diletakkan dalam talian untuk tontonan di rumah, katanya.

Dalam filem itu, Hanks memainkan peranan sebagai Komander Ernest Krause, seorang pegawai tentera laut yang memulakan misi pertamanya dalam Perang Dunia Kedua. Hanks juga menulis lakon layar, mengadaptasinya dari novel karya C.S. Forester “The Good Shepherd.”s yang diterbitkan pada 1955.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment