Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Hanks Dalam Rundingan Untuk Bawa Watak Geppetto Dalam Filem Live Action PINOCCHIO Arahan Robert Zemeckis


Pelakon terkenal dilaporkan sedang dalam rundingan untuk bintangi filem live action Pinocchio arahan Robert Zemeckis (Back to the Future), lapor portal Deadline.

Rundingan bagaimanapun masih diperingkat awal, dan Hanks ditawarkan watak sebagai Geppetto, seorang pengukir kayu yang mencipta patung Pinocchio.

Hanks dan Zemeckis sebelum ini pernah berkerjasama dalam filem Forrest Gump dan Castaway. 

Pinocchio akan berkisarkan tentang patung kayu yang memiliki impian untuk menjadi ‘budak lelaki sebenar’ dan mempunyai hubungan anak dan ayah, ramalan berbohong dan mencipta cerita dan hidup dalam dunia fantasi.

Lakonlayar Pinocchio ditulis sendiri oleh Zemeckis dengan Andrew Miano dan Chris Weitz bertindak selaku penerbit.


Filem pertama, yang berdasarkan dari novel 1883 The Adventures of Pinocchio karya Carlo Collodi, dihasilkan pada tahun 1940an dan telah memenangi dua Anugerah Academy. Filem animasi terbitan Disney itu disuarakan oleh Dickie Jones sebagai Pinocchio, Cliff Edwards sebagai Jiminy Cricket, dan Christian Rubb sebagai Master Geppetto.


Related posts

Poster karakter ‘Asteroid City’ Papar Barisan Pelakon Hebat Filem Terbaru Wes Anderson

Kakimuvee

Disney Umum Tarikh Pelepasan Filem Live-Action ‘Pinocchio’ Lakonan Tom Hanks

Kakimuvee

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Kakimuvee

Mulan ‘Flop’ Di Box Office China, Kutip $23 Juta Dolar Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

#BoycottMulan Kembali Popular Selepas “Mulan” Memulakan Tayangannya Dipawagam

Kakimuvee

Tonton Trailer Terbaru Mulan Yang Penuh Dengan Aksi

Kakimuvee