Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Hanks Akan Bintangi Filem Sains Fiksyen Berjudul Bios

Pelakon terkenal Hollywood yang juga pemenang anugera Oscar, Tom Hanks (Forrest Gump, Sully, Bridge of Spies) dilaporkan akan membintangi filem sains fiksyen terbaru yang berjudul Bios. Menurut laman web Variety, filem berkenaan akan ditulis oleh penulis Craig Luck dan Ivor Powell yang juga penerbit filem Blade Runner dan Alien.

Filem berkenaan akan berlatarbelakangkan zaman post-apocalyptic dimana seorang lelaki yang hampir mati telah mencipta robot untuk menjaga haiwan peliharaan kesayangan lelaki tersebut yang merupakan seekor anjing. Filem ini akan memberi mesej mengenai kehidupan, persahabatan, cinta dan juga kehidupan manusia.


Tom Hanks akan membawakan watak lelaki yang mencipta robot tersebut.

Filem Bios akan diarahkan oleh Miguel Sapochnik (Repo Men, Game of Thrones) manakala Kevin Misher menjadi penerbit untuk filem ini. Beberapa studio dilaporkan sedang membida untuk menjadi pengedar filem ini antaranya Legendary, Warner Bros. dan Studio 8.

Bios dijangka akan memulakan pengambaran awal tahun 2018, ketika Tom Hanks tidak sibuk dengan jadual lakonan.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment