Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Cruise Sahkan Sekuel Top Gun Akan Dihasilkan

Setelah 31 tahun tayangan filem “dog-fight” paling terkenal Top-Gun ditayangkan, akhirnya filem berkenaan akan diterbitkan tidak lama lagi. Ini disahkan sendiri oleh aktor yang membintangi filem yang diterbitkan pada tahun 1986 iaitu Tom Cruise.

Beliau menjawab soalan wartawan semasa sesi media untuk filem akan datang The Mummy terbitan Universal Pictures.

“It’s true. I’m going to start filming it, probably in the next year.” – Tom Cruise


Filem berkenaan akan menyambung filem hit arahan Tony Scott itu dengan Tom Cruise dikatakan berminat untuk membawakan kembali watak Juruterbang Tentera Laut US, Pete “Maverick” Mitchell.

Top-Gun telah menyambut ulangtahun ke-30 pada tahun lepas dan filem tersebut adalah antara filem yang membawa naik nama Tom Cruise di layar perak. Tahun lepas, penerbit Jerry Bruckheimer telah memuatnaik tweet gambarnya bersama Tom Cruise dengan caption “Just got back from a weekend in New Orleans to see my old friend @TomCruise and discuss a little Top Gun 2.” 

Kemudian 3 hari yang lalu, penerbit berkenaan mengesahkan bahawa filem tersebut akan dihasilkan.

Top Gun diarahkan oleh Tony Scott dan turut dibintangi oleh pelakon Kelly McGillis, Anthony Edwards dan Tom Skerritt. Filem berkenaan memenangi anugerah Academy Award untuk kategory Lagu Asal Terbaik menerusi lagu “Take My Breath Away”. Malah filem berkenaan digazetkan sebagai filem khazanah negara US oleh  National Film Registry.

Related posts

Gambar Terbaru “Ms. Marvel” Goda Kuasa Yang Dimiliki Kamala

Kakimuvee

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Leave a Comment