Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Cruise Punca Filem The Mummy Gagal?

Filem reboot The Mummy yang dikritik teruk sehingga menyebabkan hampir flop mungkin disebabkan campurtangan aktor Tom Cruise semasa dalam proses pre dan post produksi?

Menurut laman web Screenrant.comTom Cruise dikatakan mengambil alih segala proses semasa sesi pengambaran dan post produksi, malah turut mengubah skrip yang ditulis serta membuat olahan semula mengikut kehendaknya.

Dia juga kerap memberitahu apa yang patut kepada pengarah yang kurang berpengalaman, Alex Kurtzman dibuat di set pengambaran. Adakah campurtangan Tom Cruise ini menjadi punca kepada kegagalan The Mummy atau.. mengelakkan filem ini menjadi lebih teruk.

Salah seorang individu penting filem The Mummy, Frank Walsh (Supervising art director) memberikan pendapat beliau mengenai campur tangan Cruise dalam pembikinan filem terbabit:

“This is very much a film of two halves: before Tom and after Tom. I have heard the stories about how he drives everything and pushes and pushes, but it was amazing to work with him. The guy is a great filmmaker and knows his craft. He will walk onto a set and tell the director what to do, say ‘that’s not the right lens,’ ask about the sets, and as long as you don’t fluff what you’re saying to him … he’s easy to work for.”

Alex Kurtzman

Menurut laman web itu juga, tindakan campur tangan Cruise mungkin disebabkan pengarah Alex Kurtzman tertekan untuk menyiapkan filem blockbuster itu. Jadi Tom Cruise bertindak campurtangan agar filem tersebut disiapkan mengikut jadual.

Laporan lain juga menyebut, Tom Cruise dilaporkan mengubah cerita asal The Mummy sehingga menyebabkan pihak Unviersal Pictures tidak begitu gembira dengan perubahan idea kreatif dengan begitu mendadak tetapi menghormati kehendak Tom Cruise yang dianggap sebagai bintang.

Bagaimanapun, wakil Tom Cruise sehingga kini tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai campurtangan Tom Cruise dalam proses pembikinan filem The Mummy.

 

Related posts

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Leave a Comment