Tom Cruise bakal mencipta sejarah, akan merakam filem terbaru di angkasa lepas!.
Menurut jurucakap NASA, Jim Bridenstine, Tom Cruise (Top Gun: Maverick, Mission: Impossible) disahkan akan terlibat dalam projek filem aksi / penggembaraan terbaru, yang mana proses penggambarannya akan dilakukan di Stesen Angkasa Lepas (ISS).
Laporan awal mendedahkan bahawa Cruise akan bekerjasama dengan National Aeronautics and Space Administration (NASA) dan Elon Musk’s SpaceX untuk projek bersejarah ini.
Walaubagaimanapun projek ini masih di peringkat awal pembangunan, tiada studio penerbitan yang terlibat dan masih belum mempunyai penulis dan pengarah.
Menurut sumber, filem terbaru ini bukanlah salah satu sekuel Mission: Impossible, tetapi ia merupakan sebuah filem aksi / penggembaraan yang baru, dan akan menjadi filem pertama dalam sejarah sinematik yang dirakam sepenuhnya di angkasa lepas.
https://twitter.com/JimBridenstine/status/1257752395750289409?s=20