Berita

Todd Philips Mahukan Sebuah Filem Batman Dalam Universe “Joker”

Views

Pada 2019 yang lalu, Joker merupakan antara filem yang mencipta berjaya kejutan – mendapat reaksi positif dari pengkritik dan disanjung peminat, serta menjadi filem ‘r-rated’ paling laris sepanjang zaman dengan kutipan melebihi $1 billion dolar seluruh dunia.

Kejayaan Joker menyaksikan banyak pihak mahu sebuah filem sekuel dihasilkan. Walaupun terdapat pelbagai khabar angin dan perbincangan mengenai perancangan Todd Phillips untuk hasilkan sekuel atau projek DC yang lain, pengarah tersebut nampaknya lebih berminat untuk melihat sebuah filem Batman dalam dunia sinematik Joker ciptaannya.

Ketika ditemuramah Variety baru-baru ini, Philips mendedahkan bahawa dia tidak berniat untuk membuat atau membangunkan projek itu sendiri, tetapi berminat untuk melihat seseorang meneroka lebih lanjut tentang ‘universe’ Joker.

“It’s just a beautiful Gotham, what I would like to see somebody tackle is what Batman looks like from that Gotham. What was interesting to me about the inclusion of Batman in our movie was, what kind of Batman does that Gotham make?”

Joker merupakan sebuah filem ‘standalone’ DC yang berkisarkan tentang Arthur Fleck yang menjadi mangsa kepada masyarakat sehingga mengubah dia menjadi penjahat legenda yang menakutkan penduduk bandar Gotham. Lakonan hebat Joaquin Phoenix sebagai Arthur Fleck / Joker telah dipuji para pengkritik serta penonton seluruh dunia dan melayakannya untuk tercalon dalam beberapa anugerah berprestij.  Joker turut dibintangi beberapa pelakon lain seperti Robert De Niro, Zazie Beetz, Marc Maron dan ramai lagi.

Kepada peminat-peminat Joker, adakah anda berminat untuk melihat universe Joker dikembangkan? kongsikan pendapat anda.

BACA:  Poster Terbaru THE NEW MUTANTS Memperkenalkan Superhero Terbaru Marvel

Tinggalkan Balasan

shares