Pencipta yang juga pengarah filem reboot Spawn, Todd McFarlane telah mengongsikan petikan skrip filem arahannya itu dilaman Twitter beliau baru-baru ini. Dalam ‘Twit’ beliau juga turut menyebut akan kongsikan satu berita mengejut kepada peminat-peminat filem Spawn.
Spawn yang dihasilkan semula dari filem asal yang diterbitkan pada tahun 1997 buat masa ini masih dalam peringkat perancangan dan belum mempunyai senarai pelakon. Menurut pengarahnya, filem ini bakal memulakan pengambarannya pada Februari tahun hadapan.
SNEAK PEEK at SPAWN MOVIE script:
Here is a tease of a (partial) early scene from the latest SPAWN Movie script. Will be getting you some big news soon!!@ImageComics #spawn pic.twitter.com/yZUWVhVqFa
— Todd McFarlane (@Todd_McFarlane) November 24, 2017
Filem reboot Spawn ini adalah kerjasama diantara beliau dan juga pemilik Blumhouse Production, Jason Blum dan budget pembikinan filem ini sekitar $10-12 juta.
Buat masa ini tiada maklumat lanjut mengenai perjalanan filem Spawn yang telah dirancang sejak awal tahun ini. Dijangkakan berita mengejut yang dimaklumkan oleh pengarah terbabit adalah senarai pelakon yang membintangi filem ini.
Spawn yang diterbitkan pada tahun 1997 tidak mendapat sambutan penonton malah mendapat kritikan teruk dari peminat dan juga pengkritik filem.