Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tobey Maguire & Andrew Garfield Dilaporkan Kembali Untuk “Spider-Man 3”


Nampaknya Sony dan Marvel bersedia untuk wujudkan Spider-Verse versi ‘live-action!’

Menurut laporan Collider, pelakon Tobey Maguire dan Andrew Garfield bersedia untuk menyarung kembali sut Spider-Man dalam filem ketiga Spider-Man yang diterajui Tom Holland. 

Sementara Garfiled bersiap sedia untuk kembali ke set penggambaran, Maguire dilaporkan masih dalam rundingan dengan pihak studio untuk meneruskan kembali peranannya, namun rundingannya dikhabarkan berjalan lancar.  

Selain itu juga, Kirsten Dunst turut disahkan kembali sebagai Mary Jane Watson, manakala penglibatan Emma Stone, pasangan romantik Garfield dalam The Amazing Spider-Man, masih belum diketahui. 

Sejak kembalinya Jamie Foxx sebagai Electro dalam francais Spider-Man, peminat mula berspekluasi mengenai Spider-Verse versi live action, terutamanya kepulangan semula Garfield dan Maguire sebagai Spider-Man. 


Tom Holland kembali dalam filem ketiga Spider-Man sebagai Peter Parker / Spider-Man bersama-sama Benedict Cumberbatch sebagai Doctor Strange. Jamie Fox kembali meneruskan peranannya dalam filem The Amazing Spider-Man 2 sebagai Electro. 

Dua pelakon utama dalam filem terdahulu iaitu Zendaya dan Jacob Batalon turut meneruskan peranan mereka sebagai MJ dan Ned.

Filem terbaru MCU / Sony ini diarahkan oleh  Jon Watts manakala Kevin Fiege dan Amy Pascal bertindak sebagai penerbit eksekutif. Spider-Man 3 akan ditayangkan dipawagam pada 17 Disember 2021.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee