Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

TNT Dedahkan Promo Animasi Siri Televisyen Snowpiercer


TNT telah melancarkan promo animasi siri televisyen mereka akan datang berjudul Snowpiercer semasa sesi panelis di New York Comic-Con yang berlangsung minggu ini. Siri terbaru itu diadaptasikan dari novel grafik dan filem terkenal berjudul sama. Anda boleh saksikan promo tersebut dipemain video dibawah.

Snowpiercer diadaptasikan dari filem berjudul sama arahan Bong Joon-ho yang diterbitkan pada tahun 2013. Ia mengisahkan tentang dimana Bumi tidak lagi sesuai untuk diduduki kerana mengalami musim sejuk yang melampau. Populasi manusia dikumpulkan dalam keretapi yang bergerak mengelilingi dunia. Siri ini menceritakan tentang perbezaan kelas, ketidakadilan sosial dan survival politik.

Episod pertama diarahkan secara bersama oleh Scott Derrickson dan James Hawes manakala skrip ditulis oleh Graeme Manson. Siri ini merupakan reboot dari kesinambungan filem asal.

Daveed Diggs dan Jennifer Connelly akan membintangi siri ini bersama-sama Mickey Sumner, Annalise Basso, Sasha Frolova, Alison Wright, Benjamin Haigh, Roberto Urbina, Katie McGuinness, Susan Park, Lena Hall, Sheila Vand, Sam Otto, Iddo Goldberg, dan Jaylin Fletcher.

Snowpiercer dijangka akan bersiaran pada penghujung musim bunga tahun hadapan.



Related posts

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee