Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Tiz Zaqyah Rasa Bertuah Bawa Utama Dalam Drama “Sara Sajeeda”

Tiz Zaqyah Sara Sajeeda

Pelakon Tiz Zaqyah mendedahkan bahawa dia merasa bertuah kerana dipilih untuk membintangi drama Sara Sajeeda yang mana dia bergandingan dengan pelakon dari Pakistan, Arslan Asad.

Menurutnya lagi, penglibatan dalam drama terbitan Zeel Production itu telah memberikan satu pengalaman yang cukup berharga buat dirinya.

“Saya melakonkan watak Sara dalam drama arahan Eoon Shuhaini ini. Tidak dinafikan pelakon Pakistan kebanyakannya cantik dan kacak. Jadi, saya berasa sangat bertuah dapat memegang watak utama dalam naskhah membabitkan pelakon dari negara berkenaan. Ia rezeki yang tidak mampu ditolak.

“Bayangkan, selepas berkongsi foto bersama Arslan di Instagram, sudah ramai pengikut dan kawan yang tidak sabar menunggu drama ini ditayangkan. Kalau nak tahu, ada juga yang sudah tidak keruan melihat wajahnya,” 

Bekas pelakon Kolestrol Vs Cinta tu berkata dia tidak mengalami masalah untuk bergandingan dengan Arslan  kerana masing-masing sudah tahu apa yang perlu dibuat

Sara Sajeeda telah ditayangkan sejak 3 Oktober lalu di TV3 mula mencipta fenomena sejak hari pertama tayangannya dan berjaya menduduki carta ‘trending’ di YouTube.

Sumber: Harian Metro / Cinema Online

Related posts

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment