BeritaSiri TV

Titans Musim Ke-2 Bakal Menyaksikan Transformasi Dick Grayson Menjadi Nightwing

Views

Siri televisyen DC Universe, Titans mungkin menyaksikan transformasi karakter Dick Grayson dari Robin ke Nightwing. Pekara tersebut didedahkan 'showrunner' siri ini, Greg Walker ketika ditemubual wartawan baru-baru ini.

Menurut Walker, Dick akan mula menyesuaikan diri dengan persona Nightwing sebelum musim kedua tamat pada hujung tahun ini.

"It's in the shadows, so stay tuned if you really want Nightwing information this season, I think you'll be satisfied by the end of the year."

Walker juga turut menjelaskan, perubahan karakter Dick Grayson berpunca dari hubungannya dengan Bruce Wayne.

"It could never be the Batman and Robin version anymore because Dick has grown past that and rebelled against it, but what could it be if it goes past that? You have to deal with forgiveness and moving on and kind of adult themes, so I was really excited about writing that."

Siri televisyen DC ini dibintangi Brenton Thwaites memainkan peranan utama sebagai Dick Grayson/Robin, Teagan Croft sebagai Raven, Anna Diop sebagai Koriand’r/Starfire, Alan Ritchson dan Minka Kelly sebagai Hawk dan Dove, manakala Bruno Bichir sebagai Dr. Niles Caulder, dan Lindsey Gort sebagai Police Detective Amy Rohrbach.

Musim kedua juga bakal menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Joshua Orpin sebagai Conner Kent/Superboy, Esai Morales sebagai Deathstroke, Chella Man sebagai anak Deathstroke, Jericho Wilson, Chelsea T. Zhang sebagai anak perempuan Deathstroke, Rose Wilson (aka The Ravager), Iain Glen sebagai Bruce Wayne, Natlie Gumede sebagai Mercy Graves dan Drew Van Acker sebagai Aqualad.

Musim kedua Titans telahpun bermula pada 6 September yang lalu

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks