Trivia

Titanic, The Matrix Antara Tawaran Berlakon Filem Yang Pernah Ditolak Johnny Depp

Views

Sebut sahaja nama Johnny Depp, pasti ramai kaki-kaki wayang mengenalinya. Memulakan kariernya pada usia 21 tahun dengan membintangi filem seram A Nightmare on Elm Street, Depp secara perlahan-lahan menaikkan karier lakonannya dengan membintangi beberapa filem seperti Private Resort dan Platoon. 

Depp mula menjadi Idola Remaja yang popular pada penghujung 80an selepas membintangi siri televisyen 21 Jump Street. Namun, perubahan terbesar karier Depp bermula selepas dia membawa watak utama dalam filem arahan Tim Burton, Edward Scissorhands. 

Filem tersebut mendapat pujian pengkritik dan sukses dari segi komersial, sekaligus menjadikan Depp sebagai pelakon Hollywood terkemuka dan permulaan kerjasama diantara Depp dan Burton. Sehinggakini, Depp telah membintangi sekurang-kurangnya 71 buah filem, dan kebanyakkan filemnya sangat popular dikalangan penonton.

Meskipun sering ditawarkan peranan, Depp pernah juga menolak beberapa tawaran berlakon atas sebab-sebab tertentu. Yang menariknya, filem-filem yang ditawarkan kepada Depp menjadi popular dan hit dimasa hadapan. Nak tahu peranan filem yang ditolak Depp? anda boleh senarai dibawah.

Ferris Bueller's Day Off

Filem komedi arahan John Hughes ini sangat popular pada era 80an dan menjadi filem yang menaikkan nama pelakon Mathhew Broderik. Ketika filem ini dibuat, beberapa pelakon telah dicalonkan untuk membawa watak utama antaranya Tom Cruise, Robert Downey J. dan Depp. Ketika kemunculannya dalam Inside the Actors Studio pada 2002, Depp mengesahkan bahawa dia ditawarkan peranan Ferris, tetapi terpaksa menolak kerana masalah jadual. Apabila filem ini ditayangkan dipawagam pada 1986, Depp muncul dalam filem perang drama Platoon arahan Oliver Stone.

Backdraft

Filem thriller arahan Rob Howard ini boleh dikatakan sukses pada awal 90an. Selain itu juga, filem turut menjadi batu loncatan utama dalam kerjaya William Baldwin. Dalam filem Backdraft, Baldwin bergandingan dengan Kurt Russel sebagai dua ahli bomba yang juga adik beradik dalam memburu pembakar bersiri yang membuat kebakaran di sekitar bandar.  Peranan Baldwin pada awalnya ditawarkan kepada Depp, nama pelakon itu menolak tawaran tersebut untuk membintangi filem arahan Tim Burton, Edward Scissorhands. 

Speed

Sepanjang tahap kerjayanya yang berbeza, Depp jarang sekali muncul dalam filem-filem aksi. Depp pernah ditawarkan watak pegawai SWAT Jack Traven dalam filem aksi thriller Speeed arahan Jan de Bont. Bagaimanapun, pelakon tersebut menolak peranan itu, dan watak Jack diberikan kepada Keanu Reeves. Apa yang menariknya, Depp dan Reeves seringkali menjadi pilihan pengarah untuk membintangi filem-filem aksi. Beberapa tahun filem Speed ditayangkan, Depp telah dirisik untuk memainkan peranan Johnny Utah dalam filem pertama Point Break, namun pengarah lebih memilih Reeves dari Depp.

Interview With The Vampire

Penulis novel Anne Rice sangat tidak gembira apabila Tom Cruise dipilihan untuk memainkan peranan Lestat de Lioncourt dalam filem adaptasi novelnya, Interview with the Vampire. Penulis tersebut mahu Depp membawa watak vampire kacak itu. Baginya Depp sangat sesuai berbanding Cruise. Bagaimanapun pelakon tersebut menolak tawaran untuk memainkan peranan Lestat tanpa memberi sebarang sebab. Apabila Interview with the Vampire ditayangkan dipawagam dan menjadi hit, Anne Rice terus menghubungi Cruise dan memuji pelakon tersebut keraja berjaya membawa watak Lestat, sertai mengakui bahawa Cruise memberikan kualiti yang cukup tinggi dan tidak dijangka olehnya.

Face/Off

Filem arahan John Woo ini dianggap antara filem aksi terhebat era 90. Filem thriller ini berkisar tentang ejen FBI lakonan John Travolta dan penganas lakonan Nicolas Cage yang bertukar wajah dan mengejar antara satu sama lain. Sebelum Woo dan Travolta dipilih untuk menyertai projek Face/Off, pelakon Johnny Depp telah ditawarkan watak utama dengan pengarah Marco Brambilla dipilih untuk mengetuai projek ini.  Apa yang kelakarnya, selepas Depp membaca skrip filem Face/Off, dia terus menolak tawaran berlakon kerana menyedari filem ini bukan mengenai hoki. Brambilla berundur dari filem beberapa kemudian sebelum diganti John Woo, dan filem ini akhirnya menjadi filem aksi paling hit pada 90an,

Titanic

Seperti yang kita tahu, James Cameron seorang pengarah yang sangat bercita-cita tinggi dan sering menghasilkan filem-filem yang mahal. Pada penghujung 90an, Cameroon membuat kejutan dengan menghasilkan filem Titanic dengan kos pembikinan sebanyak $200 juta dolar. Bagaimanapun, skrip hebat Cameron yang berdurasi 3 jam lebih masih gagal untuk menyakinkan bakal bintang. Dalam tembual pada 2001, Depp mengakui dia telah membaca skrip Titanic, tetapi berputus asa dan melepaskan peranan Jack Dawson. Peranan tersebut sebaliknya pergi ke rakannya dalam filem What's Eating Gilbert Grape, Leonardo DiCaprio. Selepas membawa watak Jack, karier DiCaprio melonjak naik lebih-lebih lagi Titanic berjaya memecahkan rekod box office dan memenangi 11 anugerah Oscar, termasuklah dalam kategori Filem Terbaik.

The Matrix

Sekali lagi, karier Johnny Depp dan Keanu Reeves bertembung apabila kedua-duanya dipertimbangkan untuk membawa peranan Neo dalam filem The Matrix. Menurut komposer trilogi The Matrix, Don Davis, Depp pada mulanya menjadi pilihan pertama pengarah Wachowski Sister, lebih-lebih lagi selepas Warner Bros. gagal mendapatkan khidmat pelakon Brad Pitt dan Val Kilmer. Depp telah dihubungi untuk membincangkan tawaran watak, namun pelakon itu menolaknya, berkemungkinan disebabkan masalah jadual penggambaran. Reeves kemudiannya dipilih untuk membawa Neo, dan seperti yang dikatakan Davis, agak sukar untuk membayangkan jika pelakon lain dipilih untuk membawa watak Neo selain Reeves.

A Series Of Unfortunate Events

Pada awal pembikinan filem A Series of Unfortunate Events, Tim Burton telah dipilih untuk menjadi pengarah filem adaptasi buku ini dengan Depp dalam perancangan untuk memainkan peranan penjahat Count Olaf. Burton dan Depp boleh dikatakan sangat rapat dan seringkali bekerjasama dalam projek-projek filem. Apabila Burton berundur dari projek filem ini, Depp turut melepaskan peranannya dan tempatnya diganti Jim Carrey.

Mr. And Mrs. Smith

Mr. and Mrs. Smith adalah kisah romantis yang sebenar. Filem lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie ini berkisar tentang dua pembunuh profesional yang merupakan pasangan suami isteri yang menyimpan rahsia diantara satu sama lain. Pada awalnya, Depp mengesahkan dia akan membawa watak Mr. Smith bukan Brad Pitt. Dia kemudiannya terpaksa melepaskan peranan Mr. Smith selepas menerima banyak tawaran berlakon termasuklah dalam filem Charlie and the Chocolate Factory arahan Tim Burton. Depp dan Jolie akhirnya bekerjasama dalam filem The Tourist lima tahun kemudian.

Sin City

Filem adaptasi komik Sin City arahan Robert Rodriguez ini dibarisi banyak pelakon-pelakon terkenal seperti Benicio Del Toro, Bruce Willis dan Jessica Alba. Depp hampir menyertai barisan bintang ini apabila ditawarkan peranan Jack 'Jackie Boy; Rafferty, detektif yang korup dan suka mendera. Namun disebabkan komitmennya untuk filem pertama Pirates of the Caribbean, dia terpaksa menolak tawaran belakon dan watak itu diberikan kepada Benicio Del Toro.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks