Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Timothee Chalamet Kongsi Penampilan Pertamanya Sebagai Willy Wonka

Bintang Dune, Timothee Chalamet telah kongsikan pandangan pertamanya sebagai Willy Wonka dalam filem prekuel yang akan datang mengenai kisah pembuat coklat fiksyen. 

Chalamet berkongsi foto dari set penggambaran Wonka, memunjukkan dia memakai topi berwarna coklat, mungkin lebih gelap berbanding topi yang dipakai oleh Gene Wilder pada tahun 1971 dalam filem Charlie & The Chocolate Factory. Selain itu, dia turut mengenakan ‘topcoat’ berwarna raspberry velvet dan seledang bercorak geometri di atas rompi pelbagai warna. 

 

“Ketegangan itu mengerikan, saya harap ia akan bertahan … 🏭WONKA🍫” tulis Chalamet dalam perkongsian gambar di Instagram.

Pada slaid kedua Instagram, Chalamet turut kongsikan gambar tongkat Wonka – yang diperbuat dari kayu dan tembaga, dengan bukaan di bahagian atas yang menampakkan hadiah berwarna ungu dan merah di dalamnya. 

 

Berdasarkan karakter yang dicipta oleh Roald Dahl, Wonka akan memberi tumpuan pada zaman muda Willy Wonka dan pengembaraannya sebelum membuka kilang coklat yang paling terkenal di dunia. Filem ini menjadi adaptasi Charlie dan Chocolate Factory pertama yang tidak akan menampilkan Charlie Bucket.

Projek ini telah dikembangkan sejak 2016, dengan Paul King (Paddington) telah diberi tanggungjawab sebagai pengarah. King turut menulis lakon layar bersama Simon Farnaby. Penerbit filem ini adalah Luke Kelly, David Heyman dan Michael Siegel. 

Charlie and the Chocolate Factory telah diangkat ke layar perak sebanyak dua kali iaitu versi hit tahun 2005 lakonan Johnny Depp dan arahan Tim Burton, dan yang paling terkenal, diterbitkan pada 1971, Willy Wonka & the Chocolate Factory lakonan Gene Wilder. 

Filem popular ini diadaptasikan dari novel British berjudul sama karya Roald Dahl. Novel kedua Charlie and the Great Glass Elevator tidak pernah diadaptasikan (walaupun unsur-unsur dari novel itu telah digunakan dalam kedua-dua filem). Penulis Roald Dahl cuba menghasilkan buku ketiga Wonka berjudul Charlie in the White House, namun dia meninggal dunia pada tahun 1990.

Related posts

Penggambaran Aquaman and the Lost Kingdom Tertangguh Selepas Jason Momoa Disahkan Positif COVID-19

Kakimuvee

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Leave a Comment