Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Timothée Chalamet Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Biopik Bob Dylan


Pelakon muda yang semakin meningkat naik, Timothée Chalamet dilaporkan sedang dalam rundingan dengan studio Fox Searchlight untuk membintangi filem biopik Bob Dylan yang bertajuk Going Electric. 

Menurut sumber Deadline, Chalamet masih belum menandatangani sebarang kontrak untuk membawa watak pemuzik lagenda itu, tetapi dia bersiap untuk membawa peranan Bob Dylan dengan mengambil kelas gitar untuk membiasakan dirinya dengan gitar akustik dan elektrik.

Going Electric akan menceritakan peningkatan karier Bob Dylan dalam musik musik rakyat sehinggalah rock & roll. Selain itu juga, ia akan memaparkan hubungan Dylan dengan pemusik legenda era 60an termasuklah Joan Baez dan Seeger.

Pengarah Ford V Ferrari, James Mangold akan mengarahkan filem ini, manakala Fox Searchlight menerbitkan filem termasuklah hakmilik musik serta buku bertajuk Dylan Goes Electric tulisan Elijah Wald.

Bob Dylan akan menjadi penerbit eksekutif bersama-sama Brian Kavanaugh-Jones dan Andrew Rona. Manakala pengurus Dylan, Jeff Rosen akan menjadi penerbit bersama-sama Mangold, Bob Bookman, Alan Gasmer dan Peter Jaysen.


Setakat ini tarikh tayangan filem biopiok Bob Dylan masih belum diumumkan pihak studio.


Related posts

Hugh Jackman Bakal Bintangi Filem Biopik Ferrari

Kakimuvee

Penggambaran Filem Biopik Elvis Presley Lakonan Tom Hanks Bakal Bersambung Semula

Kakimuvee

DOWNHILL Lakonan Will Ferrell Akan Menemui Penonton 27 Februari Ini

Kakimuvee

Tom Hardy Bawa Watak Utama Dalam Filem Biopik SHACKLETON

Kakimuvee

Saksikan Syaitan Pemakan Manusia Dalam Trailer Filem Seram ‘Antlers’

Zulaikha

Penerbit Bohemian Rhapsody Bakal Terbitkan Filem Biopik Michael Jackson

Is Mohd