Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Timothée Chalamet Bawa Watak Willy Wonka Dalam Prekuel “Charlie & the Chocolate Factory”

Timothée Chalamet sah bawa watak ikonik Willy Wonka! 

Menurut laporan Deadline, Chalamet telah dipilih secara rasmi oleh Warner Bros. untuk membawa watak ikonik Willy Wonka dalam filem prekuel Charlie and the Chocolate Factory yang bertajuk Wonka. Awal tahun ini, dia dan bintang Spider-Man: No Way Home, Tom Holland telah dipertimbangkan WB untuk peranan itu. 

Chalamet akan menggantikan Johnny Depp, yang pernah melakonkan watak itu dalam versi Tim Burton pada tahun 2005. Ini bukan kali pertama Chalamet membawa watak yang pernah dilakonkan Depp. Sebelum ini, dia telah membawa peranan anak kepada Edward Scissorhands (lakonan Johhny Depp) bernama Edgar dalam sebuah iklan kereta Super Bowl.

Berdasarkan karakter yang dicipta oleh Roald Dahl, Wonka akan memberi tumpuan pada zaman muda Willy Wonka dan pengembaraannya sebelum membuka kilang coklat yang paling terkenal di dunia. Filem ini menjadi adaptasi Charlie dan Chocolate Factory pertama yang tidak akan menampilkan Charlie Bucket.

Projek ini telah dikembangkan sejak 2016, dengan Paul King (Paddington) telah diberi tanggungjawab sebagai pengarah. King turut menulis lakon layar bersama Simon Farnaby. Penerbit filem ini adalah Luke Kelly, David Heyman dan Michael Siegel. 

Charlie and the Chocolate Factory telah diangkat ke layar perak sebanyak dua kali iaitu versi hit tahun 2005 lakonan Johnny Depp dan arahan Tim Burton, dan yang paling terkenal, diterbitkan pada 1971, Willy Wonka & the Chocolate Factory lakonan Gene Wilder. 

Filem popular ini diadaptasikan dari novel British berjudul sama karya Roald Dahl. Novel kedua Charlie and the Great Glass Elevator tidak pernah diadaptasikan (walaupun unsur-unsur dari novel itu telah digunakan dalam kedua-dua filem). Penulis Roald Dahl cuba menghasilkan buku ketiga Wonka berjudul Charlie in the White House, namun dia meninggal dunia pada tahun 1990.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

Kakimuvee

Leave a Comment