
Dunia Gundam akan semakin berkembang!
Menurut laman web rasmi Gundam (via Funimation), beberapa siri terbaru telah diumumkan pada Rabu yang lalu. Ia merangkumi tiga projek anime yang akan hadir ke francais mulai tahun hadapan.
Yang pertama, dan mungkin paling menarik di antara berita yang diumumkan, adalah siri anime TV utama Gundam yang akan dilancarkan buat kali pertama sejak Iron-Blooded Orphans pada 2015. Siri ini – Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury – sedang dalam produksi, tetapi tiada maklumat mengenai tarikh tayangan atau perincian plot.
Di samping berita mengenai siri utama terbaru, sebuah filem anime juga bakal dihasilkan. Filem tersebut akan diarahkan Yoshikazu Yasuhiko, pereka watak untuk siri pertama Mobile Suit Gundam dan pencipta Mobile Suit Gundam: The Origin. Filem terbaru yang akan datang bertajuk Mobile Suit Gundam: Cucuruz Doan’s Island, dan akan dilancarkan pada 2022. Menurut laman web, filem tersebut akan menjadi “gambaran semula dari episod ke-15 Mobile Suit Gundam.“
Akhir sekali, Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans akan mendapat siaran kompilasi televisyen sembilan bahagian yang akan ditayangkan pada musim bunga 2022. Kompilasi ini juga akan menampikan pratonton Urðr-Hunt, spin-off anime yang akan dilancarkan pada musim luruh 2022 bersama permainan video mobile, Iron-Blooded Orphans G.