Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime Berita

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Menurut Variety, sekuel Spider-Man: Into the Spider-Verse telah mengumumkan secara rasmi Joaquim Dos Santos, Kemp Powers, dan Justin K. Thompson sebagai trio pengarahnya. Sony Pictures Animation sebelum ini telah mengumumkan nama Dos Santos, tetapi, berdasarkan sumber, Dos Santos memulakan projek sekuel itu bersama Powers dan Thompson sejak awal lagi.

Trio pengarah itu akan mengarahkan sekuel Spider-Man: Into the Spider-Verse berdasarkan skrip yang ditulis oleh Phil Lord, Chris Miller dan David Callaham (Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings).

“Krew di belakang ‘Spider-Man: Into the Spider-Verse’ menetapkan sasaran yang sangat tinggi, dan kami dengan rendah hati bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menghasilkan bab seterusnya dalam kisah Miles Morales,” kata pasukan pengarahan dalam satu kenyataan bersama. 

Lord, Miller, Amy Pascal, Avi Arad dan Christina Steinberg kembali sebagai penerbit. Pengarah asal Spider-Verse, Peter Ramsey akan menjadi penerbit eksekutif bersama Aditya Sood.

Untuk Dos Santos dan Thompson, projek ini merupakan debut mereka sebagai pengarah. Kedua-dua mereka sebelum telah terlibat dalam beberapa siri animasi seperti The Legend of Korra dan Avatar: The Last Airbender untuk Nickelodeon, Voltron: Legendary Defender untuk DreamWorks Animation, dan Justice League Unlimited dan Teen Titans untuk Warner Bros.

Manakala Powers telah menjadi pengarah bersama filem animasi Pixar Soul  dan menulis skrip untuk filem drama One Night in Miami, yang mana dia telah tercalon di anugerah Oscar.

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment