Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Steven S. DeKnight Bayangkan ‘Crossover’ diantara Pacifice Rim Dan Monsterverse

Pengarah filem robot Pacific Rim: Uprising, Steven S. DeKnight mendedahkan tidak mustahil akan berlaku ‘crossover’ diantara franchise Pacific Rim dengan franchise Monsterverse yang melibatkan filem-filem Gozilla dan Kong. Semasa ditemubual oleh laman web Collider  mengenai filem terbarunya iaitu Pacific Rim, beliau turut berkata, ‘crossover’ diantara kedua-dua franchise tersebut telah dibincangkan sebelum ini.

“I won’t say there’s an Easter Egg but there’s been a lot of discussion about that possibility [of crossing over]. Look I think it would be fantastic to have the Pacific Rim universe join Legendary’s Monster Universe, it seems like a natural step. And part of the big overall plan after the third movie we’ve talked about is that could happen, it’s always a possibility. It’s by far not a certainty; it’s merely theoretical at this point, but as a fan myself I would love to see that happen.”

Kedua-dua franchise berkenaan diterbitkan oleh studio produksi yang sama iaitu Legendary Pictures tetapi diedarkan oleh syarikat pengedar yang berlainan dimana Pacific Rim: Uprising diedarkan oleh Universal Pictures manakala franchise Monsterverse diedarkan oleh Warner Bros. Syarikat pengedar yang berbeza mungkin akan menyukarkan ‘crossover’ ini dari berlaku, tetapi ianya tidak menjadi mustahil jika kedua-dua syarikat tersebut berkerjasama dan merealisasikan impian peminat yang ingin melihat robot Jaeger bertarung dengan raksasa-raksasa dalam filem-filem Godzila.

Filem Pacific Rim: Uprising yang dibintangi oleh  John Boyega dan Scott Eastwood akan memulakan tayangkan pada 23 Mac 2018 manakala, franchise Godzilla sudah memasuki filem ketiga Godzilla: King of the Monsters yang akan ditayangkan pada 22 Mac 2019 diikuti filem keempat yang juga filem terakhir (setakat ini) dalam Monsterverse iaitu Godzilla vs. Kong yang akan ditayangkan pada tahun 2020

Related posts

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Berlin” Memperkenalkan 5 Watak Utama

Kakimuvee

Universal Bangunkan Filem Terbaru “American Pie”

Kakimuvee

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Christian Bale Intai Peluang Sertai Francais Star Wars

Kakimuvee

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Leave a Comment